Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Video Content Marketing Untuk Si Dungu

Sejak 3-4 tahun lepas, para internet marketer mula nampak kebangkitan konten video sebagai tool marketing yang sangat berpotensi lebih-lebih lagi di FB. Dari situ dah boleh mula nampak animasi explainer merata-rata, short video ala TV commercial Petronas yang syahdu dan tak dinafikan juga ketularan video troll atau parodi yang paling berkesan buat orang yang #mudahterhibur. Banyak yang baik penghasilannya, mesej yang sampai tepat pada sasaran, tapi tak kurang juga yang mediocre dan jauh tersasar dari tujuan marketing. Mungkin akibat kekurangan bajet, atau kurang faham target audien dan platform yang mereka guna. Ok, daripada nak “asal ada je” dan buang duit buat konten video ni, mari sini faham dulu ciri-ciri video dalam FB untuk tujuan marketing. 4 Ciri Asas Video Content Marketing Di FB Prinsip utama untuk konten video dalam FB adalah tarik perhatian dengan pantas . Berikut adalah 4 ciri asas yang patut ada: Video mesti ada "daya tarikan" yang pantas!  P

BLINKIST: App Untuk Anda Baca Buku Dengan Pantas

Anda suka beli buku? Tapi sudah berlonggok buku tebal yang dah beli di rak yang anda masih belum habis baca! Itulah habit aku. Baru-baru ni, aku terserempak dengan iklan fb pasal satu mobile app iaitu Blinkist . Aku sangka ini serupa macam app ebook lain tapi selepas aku klik dan belek, rupanya ia lebih dari itu! Sebelum aku pergi lebih jauh, suka diingatkan bahawa app ini hanya terdapat koleksi buku non-fiction dalam English sahaja. Kelebihan utama app ini adalah ia merumuskan isi kandungan buku supaya anda dapat terus ilmu yang hendak disampaikan. Seumpama anda habis baca satu buku dalam masa hanya beberapa minit sahaja ! Rumusan sesuatu buku dipecah berdasarkan idea-idea di dalam buku tersebut dan disusun menurut bab. Selain itu juga terdapat fungsi audio di mana anda boleh dengar sahaja rumusan buku itu dibaca. Sesuai juga untuk anda yang nak tahu secara ringkas isi kandungan buku sebelum beli. Menarik bukan wahai ulat buku sekalian? Seumpama anda habis baca satu buku da