Skip to main content

Video Content Marketing Untuk Si Dungu



Sejak 3-4 tahun lepas, para internet marketer mula nampak kebangkitan konten video sebagai tool marketing yang sangat berpotensi lebih-lebih lagi di FB. Dari situ dah boleh mula nampak animasi explainer merata-rata, short video ala TV commercial Petronas yang syahdu dan tak dinafikan juga ketularan video troll atau parodi yang paling berkesan buat orang yang #mudahterhibur.

Banyak yang baik penghasilannya, mesej yang sampai tepat pada sasaran, tapi tak kurang juga yang mediocre dan jauh tersasar dari tujuan marketing. Mungkin akibat kekurangan bajet, atau kurang faham target audien dan platform yang mereka guna. Ok, daripada nak “asal ada je” dan buang duit buat konten video ni, mari sini faham dulu ciri-ciri video dalam FB untuk tujuan marketing.


4 Ciri Asas Video Content Marketing Di FB

Prinsip utama untuk konten video dalam FB adalah tarik perhatian dengan pantas. Berikut adalah 4 ciri asas yang patut ada:

  1. Video mesti ada "daya tarikan" yang pantas! Pengguna FB biasanya akan scroll FB mereka di masa lapang dan berhenti apabila terdapat konten atau visual yang menarik perhatian mereka. Video adalah bahan visual yang paling cepat menangkap perhatian pengguna, jadi seharusnya ia boleh "menangkap" perhatian dalam 3 saat pertama.                                                                                                                                                                                               
  2. Video mesti dibuat sesuai dengan mod senyap. Secara default, setting video di wall FB akan dimainkan secara automatik dan tanpa bunyi. Penggunaan animated GIF atau cinemagraph sememangnya sudah menepati ciri ini. Cuma untuk video yang mempunyai naratif, boleh ditambah sarikata atau guna visual-visual yang memberi simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.                                                                                                                                         
  3. Penggunaan frame video yang sesuai. Secara tradisional, video biasa datang dalam rangka format 4:3 atau 16:9 iaitu dalam bahasa mudah, bentuk segi empat tepat melintang. Sejak kehadiran era gajet mobile, rangka format segi empat sama (1:1) dan video menegak semakin diterima kerana ia lebih memenuhi ciri-ciri dalam mobile apps seperti Instagram Story dan sebagainya. Pilih format yang sesuai untuk platform yang anda guna.                                              
  4. Bermain "lebih" dengan kreativiti. Kreativiti sentiasa menjadi mantra asas selain daya tarikan pantas. Tapi di sini kita bermain dengan lebih mendalam seperti visual yang "out of the frame" mungkin? 

Jenis Video Konten Marketing Dalam FB

Dalam keadaan pengguna sedang bergerak dari satu tempat ke tempat lain seperti berjalan masuk ofis (tolong jangan amalkan sambil berjalan mata di fon ya!) atau bila-bila masa yang singkat tapi masih nak skrol di wall FB; digalakkan untuk curi perhatian orang-orang ini dengan format konten seperti berikut:

  • Animated GIF dan Cinemagraph
  • Video Pendek -
  • Video Menegak -
Dalam keadaan pengguna sedang duduk berehat sekejap mungkin sedang menunggu seseorang atau sebagainya, mereka ini ada masa sedikit untuk "explore" sesuatu; bolehlah untuk tarik perhatian mereka ini dengan format berikut:

Bila pengguna sedang berehat panjang atau mungkin sebelum tidur, segala masa mereka adalah kita yang punya! Jadi sediakanlah format-format video berikut untuk tangkap perhatian mereka:


Berdasarkan dari format-format di atas, marketing di FB biasanya akan cover kesemuanya dan dari situ dah boleh buat split test ke atas iklan mana yang paling dapat banyak engagement. Polish mana-mana format yang sesuai dengan bajet anda. 

p.s. bersambung pada artikel-artikel tentang online marketing akan datang.

Comments