Skip to main content

BLINKIST: App Untuk Anda Baca Buku Dengan Pantas

skrin app blinkist


Anda suka beli buku? Tapi sudah berlonggok buku tebal yang dah beli di rak yang anda masih belum habis baca! Itulah habit aku.

Baru-baru ni, aku terserempak dengan iklan fb pasal satu mobile app iaitu Blinkist. Aku sangka ini serupa macam app ebook lain tapi selepas aku klik dan belek, rupanya ia lebih dari itu! Sebelum aku pergi lebih jauh, suka diingatkan bahawa app ini hanya terdapat koleksi buku non-fiction dalam English sahaja.

Kelebihan utama app ini adalah ia merumuskan isi kandungan buku supaya anda dapat terus ilmu yang hendak disampaikan. Seumpama anda habis baca satu buku dalam masa hanya beberapa minit sahaja! Rumusan sesuatu buku dipecah berdasarkan idea-idea di dalam buku tersebut dan disusun menurut bab. Selain itu juga terdapat fungsi audio di mana anda boleh dengar sahaja rumusan buku itu dibaca. Sesuai juga untuk anda yang nak tahu secara ringkas isi kandungan buku sebelum beli. Menarik bukan wahai ulat buku sekalian?

Seumpama anda habis baca satu buku dalam masa hanya beberapa minit sahaja

Terdapat lebih 2000 buku nonfiction bestseller di dalam koleksi Blinkist ni. Tapi setiap benda yang baik pasti datang dengan "harga"nya. Blinkist datang dengan dua pakej iaitu Plus : RM199.99 setahun; dan Premium : RM299.99 untuk setahun. Rasanya berbaloi untuk pelaburan ilmu sebelum anda laburkan duit anda dengan membeli buku-buku secara fizikal. Jika berminat, boleh mula dengan Free Trial dahulu.

Muat turun sekarang di sini: Blinkist. Terdapat dalam platform Android dan iOS. Aku dah habis tempoh trial, tengah kumpul duit untuk subscribe akaun Premium. Maklumlah gaji kecil je. Huhu.

p.s. aku tunggu kalau nanti ada startup Malaysia yang buat app macam ni dan guna konten berbahasa Melayu. 


Comments